Pesawat Tentera Terhempas, 11 Maut

Bogota – Seramai 11 orang terbunuh selepas sebuah pesawat tentera udara Colombia terhempas akibat masalah mekanikal semalam.

 

Presiden Juan Manuel Santos mengumumkan seramai 12 orang terbunuh akibat kejadian itu, tetapi pengawai penyiasat mengesahkan jumlah kematian hanya melibatkan 11 orang sahaja.

 

Santos dalam laman Twitternya melahirkan kesedihan terhadap kematian tersebut dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

 

Pemimpin tertinggi Colombia itu berkata, pesawat tentera berkenaan telah menghantar isyarat mengenai masalah enjin sebelum terhempas.

 

Nahas itu berlaku di Las Palomas yang terletak kira-kira 800 kilometer dari sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.