Pesawat Peribadi Terhempas, Keluarga Osama Maut

London – Beberapa ahli keluarga Osama Bin Laden dilaporkan terbunuh selepas sebuah pesawat peribadi terhempas di kawasan lelongan kereta ketika cuba melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang di Hampshire semalam.

 

Kematian keluarga ahli perniagaan yang terkenal terhadap persaudaraan mereka dengan Osama – individu yang didakwa bertanggungjawab dalam serangan 11 September di New York telah disahkan oleh Kedutaan Arab Saudi di Britain, Putera Mohammed bin Nawaf Al Saud.

 

“Duli Yang Teramat Mulia Putera Mohammed bin Nawaf bin Abdul Aziz, duta besar penjaga dua masjid suci ke United Kingdom, mengucapkan takziah kepada anak-anak Allahyarham Mohammed bin Laden dan saudara mereka yang terlibat dalam insiden itu,” kata pejabat kedutaan dalam laman sosial Twitter.

 

Menurut laporan media di Arab Saudi, mangsa yang maut terdiri daripada ibu tiri Osama Bin Laden dan saudara yang lain.

 

Pesawat tersebut dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Milan-Malpensa untuk ke Lapangan Terbang Blackbushe di Hampshire sebelum terhempas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!