Pemimpin UMNO ‘Hasut’ Saya Dalam Isu 1MDB – Tun Mahathir

Tun Mahathir Mohamad hari ini menyatakan antara sebab beliau menjadi lantang mempersoalkan isu 1 Malaysia Development (1MDB) ialah kerana aduan diterima daripada pemimpin UMNO.

 

Sebelum ini MYKMU mendakwa kemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan orang yang memberi maklumat palsu kepada Tun Mahathir mengenai dakwaan wang 1MDB sebanyak USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk kegunaan pilihan raya.

 

Ditemui media di majlis pelancaran buku karya Tan Sri Zainuddin Maidin, Dr Mahathir berkata, semua pemimpin Umno kelihatan masih komited kepada perdana menteri selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Jika sebelum ini ada antara tokoh tertentu datang mengadu mengenai pelbagai isu semasa, kini mereka dilihat sudah “menyeberang” ke sisi lain.

 

“Tapi saya tak tahu apa dalam hati mereka.

 

“Sebab sesetengah mereka pernah datang bertemu saya (untuk) mengadu tentang itu ini tapi sekarang mereka tak lagi datang berjumpa saya kerana mereka sudah menyeberang,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

 

Kata Dr Mahathir, antara sebab beliau menjadi begitu lantang mengenai isu seperti 1MDB adalah kerana aduan diterima daripada pemimpin tersebut.

 

Sementara itu beliau juga tidak menjangkakan masalah timbul dalam Umno kesan pemecatan Muhyiddin kerana ahli parti itu kini “tidak mempertikaikan sesiapa”.

 

“Orang AS berkata, negara kami – jika benar akan dipertahankan benar dan jika salah, akan diperbetulkan.

 

“Tapi bagi mereka (ahli Umno) mereka menggantikan istilah ‘negara’ kepada parti,” katanya.

 

Ungkapan itu biasanya digunakan untuk menggambarkan patriotisme atau kesetiaan membuta tuli. – mykmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.