Zayn Malik Diugut Bunuh Kerana Sokong Palestin

Akibat menyokong rakyat Palestin, ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik dilaporkan telah menerima kecaman dan ugutan bunuh daripada peminat Israelnya.

Menulis ‘FreePalestine’ dalam usahanya menyokong rakyat Palestin yang tertindas disebabkan kezaliman tentera zionis, status penyanyi kacukan British-Pakistan telah diulang tweet sebanyak lebih daripada 250,000 kali oleh peminatnya dari serata dunia.

Zayn, 21, bukanlah selebriti antarabangsa yang pertama menerima kecaman bunuh daripada peminat mereka, ini kerana, Rihanna juga pernah berhadapan situasi yang sama apabila menyokong Palestin sehingga memaksa bintang seksi itu membuang status tersebut di laman sosialnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.