Tawaran Jokowi

Jakarta – Bakal Presiden Indonesia Joko ‘Jokowi’ Widodo mengulangi tawarannya kepada parti politik yang sebelum ini menyokong pesaing beliau Prabowo Subianto untuk menyertai kerajaan baharu yang akan ditubuhkan.

Jokowi sebelum ini bersetuju dengan penyertaan pihak lawan di dalam Kabinetnya selepas wujud petunjuk berlaku perpecahan gabungan ‘Merah dan Putih’ selepas pilihan raya 9 Julai lalu.

Bekas Gabenor Jakarta itu menyatakan dengan jelas beliau serius mengalualukan sokongan tambahan pihak lain, memandangkan gabungan wakil rakyat Joko hanya mempunyai 37 peratus daripada kerusi Dewan Permesyuaratan Rakyat, manakala wakil Prabowo menguasai 63 peratus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.