Saya Tidak Tertekan Mahupun Panik – Dhaarma Raj

Glasgow – Jurulatih skuad hoki kebangsaan, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak tertekan mahupun panik biarpun dikecam hebat berikutan prestasi hambar pada aksi Sukan Komanwel kali ini.

Di sebalik kekalahan itu, Dhaarma Raj menggesa pengkritik supaya mengkaji kalender skuad hoki negara yang padat bermula Disember tahun lepas.

Katanya skuad kebangsaan perlu menghadapi Kejohanan Remaja Dunia 2013, Cabaran Juara-Juara, Piala Sultan Azlan Shah, Piala Dunia di The Hague, Belanda termasuk Sukan Komanwel.

Selepas ini, skuad kebangsaan akan menghadapi perlawanan di Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September dan kejohanan Piala Sultan Johor pada Disember ini.

Dhaarma Raj menegaskan skuad hoki di Sukan Asia adalah Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) sebenar bagi dirinya.

“Bukan senang bagi seseorang jurulatih mengendalikan pasukan yang perlu mengharungi lima kejohanan utama. Mereka harus sedar dan faham kenapa saya tidak membawa skuad penuh.

“Mana ada orang berani bawa pasukan beraksi lima kejohanan utama. Tambahan pula beraksi pada bulan Ramadan dan Aidilfitri. Jika ada, saya tabik orang itu.

“Saya tahu risiko pasukan dibelasah selepas membawa pemain-pemain baru yang mana pasukan-pasukan di Sukan Komanwel antaranya England menyenaraikan skuad Piala Dunia mereka,” katanya kepada pemberita.

Skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 sebelum ini dikecam hebat selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-4 kepada pasukan ke-29 dunia Trinidad & Tobago pada aksi ketiga Sukan Komanwel Glasgow 2014 Kumpulan B.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.