Rumah Lama Jadi ‘Lombong Emas’ Pesara

California – Sebuah rumah yang dibeli untuk tinggal selepas bersara bertukar menjadi lombong emas bagi seorang lelaki bertuah.

Mirror.co.uk melaporkan lelaki itu berkata, dia membeli sebuah rumah ladang yang sudah lama tidak didiami, untuk tinggal bersama isterinya.

Bagaimanapun, menjadi penghalang buatnya untuk membeli rumah itu apabila ia mempunyai sebuah bangsal yang dikimpal untuk menutup akses ke bangunan itu.

Tetapi dia mengambil keputusan untuk membeli harta itu pada harga yang begitu murah dan kemudiannya mengambil kelengkapan untuk membuka pintu bangsal berkenaan.

Begitu mengejutkan apabila pintu dibuka, dia menemui sesuatu yang luar biasa.

Di dalamnya mempunyai sejumlah kereta antik, termasuk Aston Martins, Mercedes dan beberapa model Lotus.

Kesemuanya berhabuk tetapi banyak yang masih berfungsi.

Nilai keseluruhan dikatakan mencecah jutaan pound.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.