Regim Zionis Kerah 16,000 Askar Simpanan

Tel Aviv – Kabinet Keselamatan Israel, kelmarin mengerahkan 16,000 lagi askar simpanan menyertai Operasi Perlindungan Sempadan di Genting Gaza.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memaklumkan, penambahan anggota itu sebagai memberi peluang kepada tentera yang menyertai operasi darat sejak 18 Julai lalu untuk berehat.

“Penempatan mereka menjadikan jumlah askar simpanan yang dikerah setakat ini adalah seramai 86,000 orang,” katanya.

Difahamkan daripada laporan Press TV, keputusan itu dibuat selepas Kabinet Keselamatan Israel bersepakat mahu meneruskan serangan terhadap Hamas.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh berkata, usaha gencatan tidak akan berjaya selagi terowong milik Hamas tidak dimusnahkan.

“Kami tidak akan menerima cadangan gencatan senjata dari mana-mana pihak selagi tuntutan ini tidak dipenuhi,” menurutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.