Polis Perlu Ambil Tindakan Terhadap Isu ‘Hello Bangsat’, Kasi Ajar Sikit – Khairy Jamaluddin

Kuala Lumpur – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menuntut agar tindakan setimpal dikenakan ke atas seorang pemuda yang mempersoalkan amalan mengalunkan bacaan ayat suci melalui pembesar suara.

Khairy dalam kenyataannya menyebut, pemuda tersebut masih perlu dikenakan tindakan walau sudah meminta maaf atas tulisan menggunakan bahasa kesat di Facebook yang menimbulkan kemarahan penganut Islam itu.

Beliau merujuk kepada tulisan pemuda yang menggunakan nama Kelvin Yip di Facebook, yang berang kerana bacaan ayat suci itu dialunkan seawal jam 6.45 pagi, dipercayai semasa sambutan hari raya.

“Eh hello bangsat, aku tahu Hari Raya tapi tolong hindarkan doa anda kepada Tuhan dari pembesar suara pada jam 6.45 waktu pagi… ini sangat menjengkelkan,” tulisan Yip dipetik.

Yip bagaimanapun dipercayai meminta maaf dan memadamkan tulisan tersebut selepas menerima kecaman dari pengguna laman sosial tersebut.

Semakan yang dilakukan mendapati beliau telah memadamkan akaun Facebook tersebut.

 

Hello Bangsat 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menteri tersebut berkata, lelaki yang menggunakan nama Kelvin Yip di Facebook itu masih boleh didakwa untuk memberi pengajaran.

Beliau membandingkan kes tersebut dengan kes Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, atau dikenali sebagai Kiki, yang tetap didakwa di mahkamah walau telah meminta maaf atas perbuatan khianat ke atas seorang warga emas dalam satu kes kemalangan jalan raya.

“Kiki minta maaf tapi kena dakwa (dan sememangnya patut). Yang ini pun kena dakwa. Kasi ajar sikit, biar muktamad. Bertindak tegas dan cepat pada siapa sahaja tak kira kaum,” kata Khairy di Facebook.

Mahkamah Sesyen Kuantan pada 22 Julai lalu memerintahkan Siti Fairrah menjalankan khidmat masyarakat selama 240 jam dan membayar denda RM5,000 selepas mengaku salah atas kesalahan khianat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Kiki mengaku salah mengetuk bahagian depan dan atas bonet dan cermin depan kereta milik Sim Hiak Hong, 68, dengan menggunakan pengunci stereng kereta yang menyebabkan mangsa kerugian RM500.

4 thoughts on “Polis Perlu Ambil Tindakan Terhadap Isu ‘Hello Bangsat’, Kasi Ajar Sikit – Khairy Jamaluddin

  • August 1, 2014 at 4:43 pm
    Permalink

    Haaa……dah terang lagi jelas…..menghina dan menulis perkataan biadap pun tak dapat nak diambil tindakan….Oooo…jd memadai saja mohon maaf dah ingat semua boleh lupa…..nie…mana pihak berkuasa??? tido ker….atau mmg takde telor nak tangkap …dakwa…double standard ka atau buat-buat pekak….buta ??…menteri dah bersuara tu….jgn nak buat bodoh plak…

    Reply
  • August 1, 2014 at 7:51 pm
    Permalink

    Sokong~ beri pengajaran sikit, kite tak pernah nak kutuk agama lain jgn lah kutuk agama islam… Kite tak kacau org pun… – brunei

    Reply
  • August 1, 2014 at 10:37 pm
    Permalink

    Pihak berkuasa ambil tindakan macam mana diambil tindakan terhadap kiki baru adil nama nya , jangan nak jaga hati kaum tertetu salah tetap salah pasti dihukum

    Reply
  • August 2, 2014 at 2:42 pm
    Permalink

    Faham tak beza kesalahan jenayah dan kesalahan menggugat sensitivi agama lain? Perbandingan yang tak masuk akal langsung. Memang dia ni patut diajar tapi Kiki didakwa atas kesalahan menggunakan kekasaran dan boleh menimbulkan kecederaan, yang dia racist tu orang marah je mana ada sampai didakwa.
    Kita memang ada undang undang untuk memastikan keharmonian hidup bermasyarakat, kalau memang apa yang si mamat ni buat terkandung dalam akta tu dakwa la dia seadanya. Semuanya nak bawak masuk cerita kaum jugak. Tak matang matang lagi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.