PAS Tegaskan Tidak Pernah Beri Persetujuan Untuk Tukar MB

Kuala Lumpur – PAS sekali lagi menegaskan parti itu tidak pernah menyatakan persetujuan terhadap keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang dalam isu penggantian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu hanya menerima maklum cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail. Katanya, pendirian parti hanya akan diumumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 10 Ogos ini yang dijangka dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Jika benar PAS menerima keputusan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 23 Julai lalu, apa gunanya PAS mengadakan mesyuarat 10 Ogos ini. Tunggu hasil mesyuarat

“Oleh itu, setakat ini tiada apa-apa pendirian parti dalam isu penggantian Menteri Besar Selangor, semua pihak perlu menunggu ketetapan dalam mesyuarat akan datang,” katanya kepada BH.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan Abdul Hadi supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang yang bersetuju supaya Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Saifuddin dipetik berkata, keputusan PKR mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor dibentangkan dan diterima Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang yang diwakili enam pemimpin tertinggi PAS iaitu Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Mustafa; Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa; Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat, serta Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Hatta Ramli.

Mustafa turut menjelaskan, parti tidak akan mempercepatkan tarikh mesyuarat yang sudah ditetapkan walaupun menerima banyak desakan, termasuk daripada sayap parti itu bagi menyelesaikan krisis terbaharu ekoran penyebaran WhatsApp Pengarah Operasi, Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berhubung senario politik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.