Neelofa Mohon Pertemuan Dengan Dato’ Nik Aziz Tidak Dipolitikkan

Pengacara dan pelakon cantik Neelofa pada hari ini telah memuat naik sekeping foto yang telah menarik perhatian sebahagian besar pengikut di laman Instagram miliknya.

Gambar tersebut yang telah di muat naik Neelofa kira-kira jam 3 petang Khamis telah mendapat hampir 15 ribu likes semasa artikel ini disiarkan.

Pada foto itu menunjukkan Neelofa dan bekas Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat sedang berbual.

Bagaimanapun bersama foto tersebut disertakan kapsyen berbunyi: lets put politics aside…I felt so lucky to have opportunity to meet him in person yesterday at his house. Love listening to what he had to say and he also gave me valuable advices regarding istiqamah.

Daripada kapsyen itu, dapat kita lihat bahawa Neelofa tidak mahu pertemuannya dengan bekas Menteri Besar Kelantan itu dipolitikkan.

Astro Gempak turut menyokong permintaan Neelofa itu kerana mungkin pertemuannya dengan Tuan Guru Nik Aziz sekadar untuk meminta khidmat nasihat dan tidak lebih dari itu.

Tambah-tambah lagi dia juga anak kelahiran Kelantan, rasanya tidak salah jika dia berkunjung ke rumah Dato’ Nik Aziz sempena lebaran ini kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.