MH17: Beberapa Jasad Rakyat Malaysia Dikenal Pasti

Amsterdam – Pasukan Siasatan Antarabangsa telah mengenal pasti beberapa mayat daripada 43 rakyat Malaysia dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, dan pengesahan pengenalan lanjut diperlukan dalam tempoh dua minggu lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mendapat maklumat itu semasa lawatannya ke sebuah fasiliti tentera di Hilversum, Khamis di mana 226 keranda sesetengahnya mengandungi mayat mangsa dan bahagian anggota, sedang menjalani proses forensik dan pengecaman mangsa bencana (DVI).

Katanya selepas proses dua minggu, kerajaan akan tahu bila mayat rakyat Malaysia akan dihantar balik ke tanah air.

“Bila (mayat) dibawa balik kita akan adakan hari berkabung.

“Butirannya akan dimaklumkan bila sampai masanya,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini sebelum berlepas ke Kuala Lumpur selepas lawatan dua hari ke Netherlands.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.