Lisa Surihani Sebak Terkenang Arwah Bapa

Aktres cantik Lisa Surihani mengakui sejak pemergian ayah tercinta Mohamed Mahbob kira-kira enam tahun lalu, perasaan rindu yang mendalam pasti akan dirasai setiap kali menjelangnya Syawal.

“Setiap kali tibanya hari raya ingatan saya terhadap arwah ayah pasti akan menjelma… Saya akui selepas pemergian beliau, jiwa saya terasa kosong dan Syawal juga dirasakan tidak seeprti biasa.

“Saya sering terkenang memori indah bersama arwah ayah dan itu menyebabkan saya berasa sayu di pagi raya.

“Selalunya bila nak raya, arwah ayahlah orang yang paling sibuk dan dia juga yang akan menentukan hidangan wajib bagi keluarga kami iaitu pulut kuning dan rendang ayam,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Bercakap mengenai kenangan yang mengusik jiwanya, Lisa memberitahu keluarganya pernah beraya di hospital kerana bapanya sedang dirawat.

“Antara kenangan yang saya tak boleh nak lupakan ialah kami sekeluarga pernah beraya di hospital pada tahun 2008.

“Pada masa itu ayah saya sedang dirawat akibat penyakit barah hati… Saya berasa bersyukur kerana kami sekeluarga sempat meraikan Aidilfitri bersama-sama sebelum ayah meninggalkan kami.

“Itulah hari terakhir saya menyambut Syawal bersama ayah tercinta.” ujarnya sebak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.