Lebih 20 Maut Dalam Letupan Gas Bawah Tanah

Taipei – Beberapa letupan gas bawah tanah menyebabkan lebih 20 orang maut dan 270 mengalami kecederaan dalam kejadian di bandar kedua terbesar di Taiwan.

Agensi Kebakaran Kebangsaan berkata, lima anggota bomba adalah antara mereka yang terkorban.

Agensi berita Xinhua melaporkan anggota bomba pada mulanya berada di tempat kejadian bagi menyiasat kebocoran gas dan selepas itu tiba-tiba letupan berlaku.

Perdana Menteri Taiwan, Jiang Yi-huah berkata, sekurang-kurangnya lima letupan menggegarkan kawasan di Kaohsiung iaitu bandar pelabuhan di barat daya yang dihuni 2.8 juta penduduk.

Sementara itu, rakaman video stesen penyiar ETTV Taiwan menunjukkan api marak dengan besar di tengah jalan di bandar berkenaan sambil asap tebal kelihatan di udara.

Pengarah Pusat Operasi Kecemasan dan Bencana Kebangsaan, Chang Jia-juch berkata, kebocoran gas yang dikenali sebagai propene itu mengakibatkan kebakaran dan tidak boleh dipadam menggunakan air.

Punca kebocoran masih disiasat.

Letupan Gas Bawah Tanah 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.