Kesatuan Anak Kapal Kabin Mahu, Mayat Kru Penerbangan Diberi Penghormatan Wira

Kuala Lumpur – Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) mahu mayat kru penerbangan MH17 diberi penghormatan sebagai wira, sebaik tiba di Malaysia.

NUFAM dalam satu kenyataan berkata, satu majlis rasmi perlu diadakan untuk mangsa nahas pesawat MH17.

“Satu upacara pengebumian rasmi perlu diadakan khas untuk semua mangsa penerbangan MH17. Inilah masanya untuk menghargai dan memberi penghormatan kepada anak kapal dan juruterbang yang mati ketika berkhidmat untuk negara.

“Ia juga sebagai satu penghargaan kepada semua yang terlibat dalam industri penerbangan,” katanya.

Selain itu, kesatuan berkenaan turut meminta pihak berwajib mengkaji semula dasar membabitkan keselamatan anak kapal, terutamanya insurans.

“Kesatuan menggesa pihak terbabit mengkaji semula dasar berkaitan pekerjaan sebagai anak kapal pesawat.

“Ia kini adalah sejenis risiko pekerjaan untuk kami, dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) perlu mengkaji semula dasar untuk membantu mereka yang bertugas dalam pesawat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.