KEMASKINI FAKTA SEBENAR : 6 Pelanggan Siber Kafe Ditetak 10 Lelaki

Klang – Enam pelanggan sebuah siber kafe cedera parah selepas ditetak sekumpulan 10 lelaki di Taman Bayu Perdana Klang dekat sini awal pagi Khamis.

Dalam kejadian pada pukul 4.50 pagi itu, seramai 10 pelanggan terdiri daripada lelaki warga tempatan dan seorang pekerja premis berada di dalam siber kafe berkenaan sebelum diserang.

Sumber polis memberitahu, seramai 10 suspek memasuki premis berkenaan dalam keadaan menutup muka menggunakan kain dan bersenjatakan parang panjang serta kayu.

Menurutnya, suspek telah menyerang enam daripada pelanggan sehingga mengalami kecederaan serius pada anggota badan.

“Terdapat mangsa hampir putus tangan akibat ditetak. Selebihnya mengalami kecederaan serius akibat ditetak lebih daripada sekali oleh kumpulan suspek.

“Suspek yang melarikan diri dengan dua buah kenderaan bagaimanapun tidak merampas barangan berharga dari premis dan mangsa,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, suspek yang merupakan warga tempatan berusia lingkungan 27 tahun.

Kesemua mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk mendapat rawatan.

Difahamkan, polis kini sedang mengesan suspek yang telibat.

 

Berikut adalah laporan penuh kes tersebut :

Pengadu 1(L) Bugis, umur 30 tahun, bekerja sebagai juruwang di sebuah cyber cafe Vital Net.

Fakta Kes
Pada 31/7/14 jam l/kurang 0450 hrs, semasa pengadu sedang bekerja di cyber cafe Vital Net, tiba-tiba telah masuk ke dalam cyber cafe l/kurang 10 lelaki india yang bersenjatakan parang dan kayu. Kemudian kesemua suspek terus menyerang beberapa pelanggang yang sedang melayari internet dengan menggunakan parang dan kayu. Suspek kemudian telah melarikan diri setelah mencederakan pelanggan di premis tersebut tanpa merampas apa-apa barang milik mangsa.

 

Senarai mangsa yang cedera:

1) Mohd Rais bin M. Tahir (23 tahun)

2) Abdul Mutalib Bin Abdul Rahim (15 tahun)

3) Mohd Junaidi Bin Negeri (20 tahun)

4) Amran Bin Amri (30 tahun)

5) Mohd Norhan Bin Abdul Karim (26 tahun)

6) Aidil Bin Baddu (27 tahun)

Hasil siasatan awal:
1) Kejadian berlaku di sebuah cyber cafe Vital Net, No 290 Jln Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, Klang.
2) Suspek 10 lelaki india, umur dalam lingkungan 27an, bersenjatakan parang panjang dan kayu.
3) Semasa kejadian terdapat l/kurang 10 orang pelanggan yang terdiri dari lelaki sabahan.
4) Pengadu dan mangsa tidak dapat cam suspek kerana suspek menutup muka dengan kain.
5) Suspek menaiki sebuah m/hiluk jenis mitsubishi storm warna silver dan sebuah kereta proton iswara no pendaftaran tidak pasti.
6) Suspek bersenjatakan parang dan kayu.
7) Seramai 6 lelaki sabahan mengalami kecederaan di badan akibat ditetak. Kesemua mangsa berada di HTAR.
8) Suspek tidak merampas hartabenda milik mangsa.

Team D7 IPD Klang selatan telah dimaklumkan untuk kesan dan tangkap suspek.

 

Baca : Pergaduhan Besar Di Taman Bayu Perdana Klang

One thought on “KEMASKINI FAKTA SEBENAR : 6 Pelanggan Siber Kafe Ditetak 10 Lelaki

  • August 2, 2014 at 11:10 am
    Permalink

    tipikal this is india

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.