HSBC Tutup Akaun Bank Pertubuhan Muslim

United Kingdom – Bank terkemuka dunia, HSBC Group dilaporkan mengeluarkan surat menutup akaun bank beberapa pertubuhan Islam dan orang perseorangan yang dipercayai membantah serangan kejam rejim Zionis ke atas Palestin.

Menurut laporan BBC, HSBC telah mengeluarkan surat kepada Finsbury Park Mosque dan organisasi Muslim lain di United Kingdom (UK), memaklumkan akaun mereka akan ditutup dengan alasan untuk kawalan pengurusan risiko (risk appetite).

Finsbury Park Mosque menerima surat daripada HSBC pada 22 Julai lalu yang memaklumkan penutupan akaun secara rasmi pada 22 September nanti.

Pengerusi Masjid, Mohammed Kozbar, berkata bank itu langsung tidak menghubungi pihaknya terlebih dahulu.

“Mereka tidak beri kami peluang untuk mengatasi kebimbangan. Bagi kami, ini sangat menghairankan.

“Kami merupakan badan amal yang beroperasi di UK dan semua operasi kami di sini tidak melibatkan pemindahan wang dari UK. Semua operasi dibiayai dana dari dalam UK,” katanya.

Menurutnya, tindakan HSBC itu bakal meninggalkan kesan negatif kepada bank tersebut.

“Mereka telah meletakkan kami dalam situasi yang sangat sukar. Ini satu-satunya akaun yang kami ada.

“Kami pasti komuniti akan kecewa dan mungkin mempertimbangkan untuk menutup akaun mereka dengan HSBC, jika pihak bank tidak kembali membuka akaun kami atau setidak-tidaknya memberikan penjelasan,” katanya.

 

Baca : Tutup Akaun: Pelbagai Pihak Gesa Boikot HSBC

 

Baca : HSBC Terminates Gaza-Linked Islamic Charity’s Bank Account Including Finsbury Park Mosque

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.