Bas Kilang Tamatkan Mogok

Johor Bahru – Puluhan bas membawa pekerja kilang dari Johor Baru pagi ini melancarkan mogok selama beberapa jam susulan kenaikan 400 peratus kadar tol berkuatkuasa hari ini.

Ratusan pekerja kilang terpaksa berjalan kaki masuk ke Singapura selepas bas mereka enggan melepasi pintu masuk sempadan Johor-Singapura.

Bagaimanapun keadaan kembali sedia kala kira-kira pukul 10 pagi selepas kerajaan memberi jaminan akan mengkaji rungutan mereka mengenai kenaikan tol mendadak itu.

Tindakan mogok itu diambil selepas Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan kadar tol itu yang dilihat membebankan rakyat tempatan yang bekerja di Singapura.

Kadar baru tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar menyebabkan pengguna kenderaan terpaksa membayar RM16.50 berbanding harga asal RM2.90 bagi laluan sehala.

Manakala bas dikenakan tol sebanyak RM13.30 berbanding RM2.30 sebelum ini, dan kadar baru tol bagi teksi pula daripada RM1.40 kepada RM8.20.

Bagi kenderaan Kelas Dua, kadar tol naik daripada RM4.50 kepada RM24.90 manakala Kelas Tiga RM3.30 bagi laluan dua hala berbanding hanya RM6.10 sebelum ini.

Kenaikan itu dilaksanakan selepas Putrajaya merancang mengikut jejak langkah Singapura mengenakan Permit Kenderaan Masuk (VEP) terhadap kenderaan asing yang ingin masuk ke Johor.

Semalam, Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin dalam akaun Twitter berkata “Johor akan mengadakan dialog dengan syarikat bas bagi menyediakan perkhidmatan ekspres kepada pekerja tempatan.

 

Baca : Ratusan Terkandas, Bas Pekerja Kilang Mogok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.