Amar Baharin Sanggup Datang Jauh Beraya Bersama Izreen?

Sebelum ini pelakon Amar Baharin pernah dikaitkan sebagai punca keretakan rumahtangga aktres Izreen Azminda degan suaminya Muhammad Riza.

Namun aktor yang popular menerusi drama ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ ini memandang sepi gosip tersebut serta tidak menghiraukan tanggapan umum mengenai keakraban hubungan mereka.

Sempena Syawal baru-baru ini, Izreen telah memuat naik satu foto di laman Instagram miliknya beserta kapsyen yang menunjukkan seakan-akan Amar Baharin sanggup datang dari jauh untuk beraya bersamanya.

“Eh eh ada retis dtg raya rumah kita la….so sweeetttttt…tq taw dtg jauh2 nak raya dgn i…” tulisnya.seperti ingin menyampaikan suatu mesej yang tersirat.

Tindakannya itu telah mendapat pelbagai reaksi peminat sama ada positif mahupun negatif serta tidak kurang juga ada yang tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka.

Terdahulu, kisah sensasi di antara dua selebriti ini mula bertebaran sejak kemunculan mereka di dalam drama bersiri ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’.

Di mana keintiman lakonan mereka dikatakan terbawa-bawa hingga ke luar set dan telah mengundang kontroversi serta menjadi bualan.

Peminat yang kurang senang dengan aksi mereka telah mendakwa Izreen tidak menjaga tingkah laku sewaktu masih tempoh edah sekaligus menguatkan lagi andaian umum tentang keintiman kedua mereka ini.

Selain itu Izreen juga pernah mengakui bahawa dia dan Amar mempunyai keserasian yang luar biasa ketika bergandingan menerusi drama tersebut.

Izreen Azminda dan bekas suami, Muhammad Riza telah bercerai 10 Jun lalu setelah berkahwin pada 31 Ogos 2012. Pasangan ini dikurniakan seoarang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.