TPM lancar koperasi GPMP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini melancarkan Koperasi Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia (GPMP) Berhad.

Pelancaran koperasi berkenaan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Parlimen itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan dan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Lt Jen (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal.

SKM dalam kenyataan memaklumkan penubuhan koperasi itu menyasarkan keahlian 300 ahli aktif Persatuan Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Bagi merancakkan sosioekonomi ahli, koperasi GPMP menetapkan lapan jenis aktiviti perkhidmatan sebagai aktiviti utama koperasi termasuk khidmat sewa kenderaan dan pembekalan makanan dan minuman.

Pada majlis itu, turut diadakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara GPMP dengan anggotanya yang mengusahakan perniagaan perkhidmatan bekalan dan makanan, sebagai langkah permulaan untuk koperasi itu memulakan aktiviti perkhidmatan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat