Syed Saddiq tiba di Parlimen lepas 3 hari berlari, raih sumbangan RM160 ribu untuk Muar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Selepas tiga hari berlari sejauh 200 kilometer (km) sebagai inisiatif mengumpulkan peruntukan bagi Parlimen Muar, wakil rakyatnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tiba di luar Parlimen sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Menerusi inisiatif yang dipanggil ‘Langkah Muar’ itu, Syed Saddiq berjaya meraih sumbangan sebanyak RM160,000 setakat pagi tadi.

Ketika ditemui di luar Parlimen, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menzahirkan penghargaan kepada pihak yang sanggup menyumbangkan wang tunai kepadanya walaupun nilainya kecil.

Beliau juga berharap apa yang dilakukannya dapat membuka mata semua pihak tidak kira kawasan Parlimen, berhubung isu diskriminasi peruntukan Ahli Parlimen pembangkang yang masih berlarutan sehingga kini.

“Usaha kecil ini saya mulakan di Muar. Jangan guna lagi alasan rundingan itu, rundingan ini kerana rundingan sudah berlaku berkali-kali, bukan sekali dua bahkan sudah hantar surat tiga kali.

“Ini bukan soal rundingan tapi soal politik balas dendam sehingga menghukum rakyat susah di kawasan pembangkang. Perkara ini salah dan kena tentang bersama,” katanya memetik BH pada Isnin.

Daripada jumlah sumbangan yang diterima, Syed Saddiq berkata lebih 2,000 rakyat Malaysia menderma.

Beliau berkata bukan saja sumbangan menerusi dalam talian saja diterima bahkan ada yang sanggup berjumpanya secara bersemuka untuk menyerahkan wang tunai sewaktu sedang berlari.

“Bukan sekadar sumbang dalam talian kerana sambil saya berlari, ramai berhenti bagi RM20, RM50, RM100, bahkan ada yang beri RM1. Amat luar biasa sekali kerana mereka tak pernah jumpa saya secara fizikal.

“Ada juga tak pernah jejak kaki di Muar pun ada tapi saya lihat mereka in ada aspirasi yang sama, bukan sekadar (tertumpu) di Muar tapi Malaysia secara keseluruhannya.

“Apa adalah (demi) rakyat Malaysia (selaku) pembayar cukai tetap. Mereka kena dapat keadilan dan janganlah hukuman mereka kerana warna politik,” katanya.

Syed Saddiq memulakan inisiatif ‘Langkah Muar’ pada Jumaat lalu sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan menafikan peruntukan bagi Parlimen pembangkang.

Beliau berlari sejauh 200 km iaitu dari Muar ke Parlimen untuk meraih dana bagi pusat khidmatnya di kawasan tersebut.

Usai sidang media, Syed Saddiq memberitahu beliau akan terus masuk ke Parlimen untuk mengikut sesi perbahasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat