Syazwan Shuhaimi Kembali dengan Single Terbaru “Cinta Ke Syurga”

- Advertisement -

Syazwan Shuhaimi, artis di bawah naungan label hiburan terkemuka tanah air, kembali meriahkan industri muzik dengan single terbarunya yang berjudul “Cinta Ke Syurga” selepas lebih daripada dua tahun menyepi. Lagu ini merupakan hasil karya komposer terkenal Aiman Sidek dan terinspirasi daripada majlis-majlis perkahwinan yang menyentuh hati.

Syazwan berkongsi bahawa inspirasi untuk lagu ini datang ketika beliau menghadiri pelbagai majlis perkahwinan kawan-kawan dan saudara mara. “Pasti akan ada ‘wedding anthem’ yang selalu dimainkan. Jadi saya terdetik untuk melahirkan satu ‘wedding song’ yang kena dengan momen-momen hari bahagia mereka dengan menggunakan lagu saya,” kata Syazwan.

Menurut Syazwan, lagu ini juga membawa mesej meraikan kisah cinta orang ramai. “Saya ingin meraikan kisah-kisah cinta orang ramai melalui lagu ini. Saya pasti semua hubungan percintaan bermula dengan pelbagai rintangan sebelum sampai ke hari pernikahan mereka. Jadi pasangan-pasangan bahagia ini perlu kita raikan dan didoakan semoga hubungan mereka baik-baik sahaja sehingga ke syurga,” tambah beliau.

Processed with VSCO with a10pro preset

Penghasilan “Cinta Ke Syurga” melibatkan kerjasama rapat antara Syazwan dan Aiman Sidek. Menceritakan pengalaman semasa sesi rakaman, Syazwan mengakui beliau kurang bersedia pada mulanya. “Secara jujurnya, saya paling kurang bersedia untuk merakamkan lagu ini. Kerana waktu itu, saya belum pasti adakah betul keputusan saya menampilkan lagu ini sebagai lagu terbaru saya. Tambahan pula pada ketika itu, saya banyak melancong ke luar negara dan saya hanya sempat buat satu latihan sahaja sebelum masuk ke studio rakaman. Alhamdulillah, apabila sesi rakaman diadakan, semuanya dipermudahkan dan hasilnya sangat memuaskan hati.”

Untuk makluman, “Cinta Ke Syurga” telah dilancarkan pada 28 Jun 2024 dan boleh dimuat turun melalui iTunes serta dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKbox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. Lirik video rasmi “Cinta Ke Syurga” juga akan ditayangkan pada hari yang sama, bermula jam 9 malam di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.

Syazwan Shuhaimi berharap single terbarunya ini dapat menyentuh hati pendengar dan menjadi sebahagian daripada momen bahagia dalam kehidupan mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat