Konsert Search Gemuruh berjaya gegarkan Zepp Kuala Lumpur!

- Advertisement -

Konsert Search Gemuruh yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur telah berjaya menarik seramai 2,000 penonton, membuktikan kemasyhuran band rock legenda ini yang masih utuh di hati peminat.

Konsert yang bermula tepat pada jam 8.30 malam ini dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh barisan pemuzik hebat seperti Muzza (gitar), Ritz Metalasia (gitar), Fly (bass), Addy Cradle (gitar), Ujang Exist (dram), dan Rozaria Rasul (keyboard) yang juga bertindak sebagai Pengarah Muzik keseluruhan konsert ini. Mereka mempersembahkan lima lagu medley popular Search iaitu “Akhirnya”, “Menara Kesesatan”, “Neo Romantik”, “Teguh”, dan “Andainya Ku Miliki Semalam”. Persembahan mereka berjaya membangkitkan semangat penonton serta membuatkan seluruh Dewan Zepp bergema dengan sorakan peminat rock.

Persembahan berikutnya menampilkan penyanyi istimewa dari Indonesia, Jovita Pearl (X-Factor Indonesia), bersama Naimi (dram). Mereka mengambil alih pentas dengan lagu ‘Emanuelle’ yang menghangatkan lagi suasana di Zepp Kuala Lumpur dan menambahkan lagi kehangatan malam tersebut.

Jovita Pearl adalah penyanyi dan penulis lagu yang aktif di YouTube dengan 32.4 ribu subscriber, Pernah cover lagu popular “Jangan Ada Angkara” oleh Nicky Astria dan mempunyai lagu sendiri berjudul “Keyakinan” dan “Cinderella”. Manakala naimi pula adalah pemain drum berusia 17 tahun yang pernah bermain bersama kumpulan Search Amy.

Tiba masanya persembahan utama, iaitu  Kumpulan Search, mengambil alih pentas. Search yang dibarisi oleh Kid (gitar), Din (gitar), Rozaimi (bass), Min (dram), dan Amir Masdi (vokal) telah membuka tirai persembahan mereka dengan lagu “Henjut”. Mereka seterusnya membawakan rangkaian lagu hit seperti “Pelesit Kota”, “Metropolitan”, “Diari Habil Dan Qabil”, “Fantasia Bulan Madu”, “Pembakar Perasaan”, “Honky Tong Kosong”, “Orait Mama”, “Bisa”, “Bersalah Atau Tidak”, “Di Pintu Sepi”, “Fenomena”, “Gadisku”,”Rozana” “Pawana”, “Pasti” dan “Mentari di Ufuk Timur”.

Kid memulakan persembahan dengan gesekan gitar yang amat padu dan disambut din serta seluruh band Search, lalu Amir Masdi membuat kemunculan yang penuh bergaya membuatkan suasana Dewan Zepp menjadi semakin panas membuatkan ramai bersorak membuatkan seluruh dewan zepp bergema semula.

Amir Masdi, selaku vokalis Search, telah menunjukkan persembahan yang penuh bertenaga dan mengagumkan, membangkitkan nostalgia di kalangan para peminat. Suaranya yang lantang dan penuh semangat menggema di seluruh Dewan Zepp Kuala Lumpur, disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh dari penonton.

Amir Syazwan Masdi, atau lebih dikenali sebagai Amir Masdi, terus mengukuhkan namanya sebagai penyanyi terkenal Malaysia. Gaya muziknya yang menggabungkan pengaruh pop dan rock serta persembahannya yang bertenaga menjadikan beliau salah satu bintang yang bersinar dalam industri muzik Malaysia.

Selain persembahan muzik yang memukau penonton, konsert ini turut menampilkan satu segmen tribute untuk mengenang Allahyarham Yazit, bekas pemain dram Search. Sebahagian hasil penjualan tiket konsert juga disumbangkan kepada keluarga Allahyarham Yazid sebagai tanda penghormatan.

Konsert Search Gemuruh telah memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para peminat. Persembahan yang penuh dengan tenaga, nostalgia, dan semangat rock ini telah membuktikan bahawa Search kekal sebagai legenda dalam industri muzik tanah air. Konsert ini telah membuktikan bahawa Search masih mempunyai tempat yang istimewa di hati para peminat muzik di Malaysia.

Setiap peminat yang hadir pada konsert Search Gemuruh pulang dengan senyuman kepuasan dan mengembalikan nostalgia kegemilangan kumpulan Search suatu masa dulu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat