Baru PAS tahu, Bersatu ‘biawak hidup’ yang menyusahkan – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS dinasihatkan membantu rakan sekutunya, Bersatu yang didakwa kini sudah nyawa-nyawa ikan berbanding hasrat menyelamatkan Umno.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi tegas menolak pelawaan PAS yang mengajak ahli Umno untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk menyelamatkan parti itu.

“Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Umno perlukan PAS untuk bangkit semula. Tidak perlu hipokrit. PAS dulu, kini dan selamanya berniat mahu bunuh Umno.

“Sebab itu PAS main kayu tiga. PAS guna Muafakat Nasional (MN) dan PN untuk pecahkan Umno dan orang Melayu.

“Lebih baik PAS bantu Bersatu yang tinggal nyawa nyawa ikan. Baru PAS tahu mereka memikul biawak hidup (Bersatu) yang menyusahkan,” dakwa Puad dalam catatan di Facebooknya.

Menurut Speker DUN Johor itu lagi, cakap Fadhli Shaari itu hanya alasan untuk PAS kembali rujuk pada Umno.

“Tapi sudah terlambat.

“Umno tidak akan masuk lubang biawak dua kali,” bidas Puad.

Sebelum itu, Puad meluahkan rasa kurang senang dengan pelawaan Ketua Penerangan PAS itu kerana layanan buruk diterima Umno sewaktu mereka bekerjasama.

“Tiba tiba PAS mahu selamatkan Umno. Jika sokong PN, Umno akan selamat? Fadhli Shaari Ketua Penerangan PAS memang buta.

“Masa Umno dalam kerajaan PN di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudahlah Umno dilayan macam pengemis, Umno ditikam belakang masa PRN Sabah.

“Muktamar PAS setuju bekerjasama dengan Umno tetapi kena veto oleh pemimpin pelahap PAS yang mahu bolot semua jawatan.

“Maka bagaimana PAS mahu selamatkan Umno? Sebenarnya PAS cuba menghasut agar Umno keluar dari kerajaan hari ini kerana beri kelebihan pada Umno. Kalau Umno keluar, PAS masuk,” dakwa Puad lagi.

Fadhli sebelum itu, mengajak ahli Umno menyokong PN termasuk pada PRK Sungai Bakap untuk ‘menyelamatkan’ parti itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa, ini kerana pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutama DAP tidak mahu melihat Umno menjadi parti besar seperti dahulu.

Dakwanya, Umno tidak akan bangkit selagi berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Tak percaya tanya pimpinan DAP dan PH, apakah mereka nak kembalikan Umno sebagai parti nasional seperti dahulu? Pastinya tidak.

“Kalau anda (ahli Umno) fikir untuk selamatkan Umno undilah PN,” katanya pada ceramah PN PRK Sungai Bakap.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat