Perodua Terima Pengiktirafan Pensijilan SIRIM Versi Terkini

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan anak syarikat milik penuhnya Perodua Sales Sdn Bhd menerima pensijilan SIRIM dengan versi terkini 2015 ISO, piawaian 9001 dan 14001.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, bagi mendapatkan pensijilan itu, sesebuah organisasi perlu mematuhi piawaian kualiti terbaik dalam proses kerja bagi meningkatkan kepuasan pelanggan dan menumpukan kepada piawaian alam sekitar.

“Pengiktirafan itu mengukuhkan visi syarikat untuk menjadi pemain industri yang kompetitif di rantau ini, di samping terus menambah baik perkhidmatan.

“Permintaan pasaran dan industri sentiasa berubah dan amat penting untuk kami meningkatkan piawaian dalam prosedur kerja untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu.

“Dengan pensijilan yang dinaik taraf, kami berharap dapat mengurangkan jurang indeks kepuasan dengan pesaing antarabangsa lain yang diiktiraf,” katanya.

Untuk masa hadapan, Aminar berkata, Perodua akan memperluaskan piawaian itu kepada rakan niaga, sama ada pengedar atau pembekal.

“Kami akan memastikan rakan niaga dan pembekal mematuhi amalan hijau seperti dikehendaki dalam piawaian ISO termasuk mendapatlan sumber bahan yang mesra alam,” katanya.

Perodua melaksanakan piawaian ISO pada 1998 dan kini semua cawangannya diperakui ISO. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.