Victoria ‘Ibu Kota’ Dadah

MELBOURNE – Negeri Victoria telah menjadi ‘ibu kota’ dadah Australia, demikian menurut data polis yang disiarkan semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Polis merampas lebih banyak dadah jenis syabu, speed dan MDMA di Victoria berbanding negeri-negeri lain di Australia dalam tahun kewangan berakhir pada Jun 2017, menurut data tersebut.

Hampir 4,900 kilogram (kg) dadah amphetamina turut ditemui polis, pe­ningkatan 396 peratus berbanding tahun kewangan sebelum ini, lapor Bernama.

Suruhanjaya Perisikan Jenayah Australia berkata, statistik itu tidak termasuk 903kg pil methamphetamine yang dirampas di Melbourne pada April lalu, rampasan dadah methamphetamine terbesar dalam sejarah Australia.

Secara keseluruhan, polis merampas lebih 21 tan dadah dalam tempoh 12 bulan tersebut.

Selain itu, Victoria juga menempatkan 144 daripada 575 makmal dadah yang ditutup oleh polis di Australia.

Menteri Keadilan Australia, Michael Keenan berkata, methamphetamine atau syabu menjadi ancaman paling besar kepada masyarakat dengan 60 peratus penjenayah utama di Australia mendapat keuntungan menerusi jualan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.