SOP Pelabuhan Akan Diperketat – Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan bersedia meneliti dan memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digunapakai pelabuhan-pelabuhan Malaysia sekiranya sebarang kelemahan dikenalpasti dalam penguatkuasaannya.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan itu akan diambil sebagai memperbaiki dan mempertingkan mutu perkhidmatan pelabuhan-pelabuhan di negara ini.

Katanya, segala SOP yang digunapakai adalah yang terbaik namun beliau menyatakan kesediaan jika terdapat beberapa aspek dalam SOP yang perlu diperketatkan.

“Jika ikutkan SOP yang digunakan oleh pelabuhan-pelabuhan utama kita, sebenarnya kita mempunyai SOP terbaik dalam mengendalikan kargo. Saya rasa tidak ada masalah dengan SOP atau dalam isu pengendalian kargo yang berlaku beberapa hari lalu.

“Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Klang sangat efisien dalam pengendalian kargo sehingga masing-masing berkedudukan 11 dan 17 terbaik dunia oleh kerana SOP yang standard dan diiktiraf.

“Jika dikesan terdapat kelemahan lain sudah pasti saya akan memastikan pelabuhan berkaitan melihat dan menambahbaik kelemahan itu,.” katanya pada sidang media di Perpustakaan Universiti Malaya (UM) di ibu negara.

Terdahulu beliau melancarkan koleksi novel klasik Cina terunggul lebih 6,000 naskah dari lapan buah negara untuk ditempatkan dalam Perpustakaan UM menerusi Galeri Dream of the Red Chamber.

Koleksi itu oleh lumni univerisiti itu, Tan Sri Chan Kong Choi yang dikumpul 40 tahun lalu sejak menamatkan pengajian di Universiti Awam (UA) tertua negara itu.

Tiong Lai turut ditanya sama ada SOP pelabuhan yang sedang diguna pakai telah ketinggalan zaman dan perlu diperketatkan di masa hadapan berikutan dakwaan kontena mengandungi peralatan radar satelit tentera berteknologi tinggi hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja,  Datuk Subromaniam Tholasy pada 29 Jun lalu menjelaskan kontena tersebut telah sampai ke destinasi di Pelabuhan Rotterdam, Belanda dan pihaknya juga telah menumpukan siasatannya kepada pematuhan SOP dalaman ketika pelepasan kontena yang memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.

Sebagai mengulas kenyataan itu, Tiong Lai juga menegaskan, beliau telah mengarahkan Lembaga Pelabuhan Johor untuk menjalankan kajian dan siasatan terperinci berkaitan isu itu.

“Kepada soalan SOP itu sudah ketinggalan dan perlu atau tidak untuk diteliti semula, saya aka melihat keseluruhan transformasi pelabuhan itu.

“Ia termasuklah kita kerjasama rapat kaji semua prosedur, teknologi dan tenaga kerja serta latihan dan sebagainya secara berterusan.

“Kerjasama kami secara dekat dengan China yang mana tujuh pelabuhan utamanya adalah dalam kedudukan 10 terbaik dunia dalam konsep ‘Belt of Roads laluan laut adalah usaha membentuk rakan sekutu pelabuhan yang utuh.

“Kita akan memperbaiki dari semasa ke semasa perkhidmatan kita (pelabuhan)dan yakin Pelabuhan Tanjung Pelepas dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatannya ke tahap tinggi di masa akan datang,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.