Mesin Pembancuh Hasilkan Minuman Berdasarkan Mood Nyanyian Lagu

TOKYO – Kini, dengan teknologi pembancuh minuman ciptaan syarikat Jepun, kita boleh rasa di lidah lagu-lagu kegemaran kita.

Menurut Reuters, Squeeze Music, mesin pemerah jus ciptaan Nomura, boleh menghasilkan minuman berdasarkan mood sesuatu nyanyian.

Lagu yang mempunyai mood gembira akan menghasilkan minuman manis, sementara lagu rentak jazz pula terasa pahit.

Bentuk gelombang lagu dianalisis oleh komputer dan lima jenis perasaan daripada muzik tersebut akan dipadankan dengan lima perisa.

Perasaan-perasaan gembira, teruja, romantis, sentimental dan sedih ditukar kepada manis, masam, pedar (macam pisang muda atau kobis), masin dan pahit.

Rasa-rasa ini, daripada gelombang lagu, dibancuh menjadi minuman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.