Menteri Kencing Di Tepi Tembok Bangunan Undang Kecaman

Seorang menteri di India kini menjadi bualan di media sosial selepas gambarnya membuang air kecil di tembok sebuah bangunan sekolah telah tersebar.

Menurut The Times of India, Menteri Pertanian, Radha Mohan Singh,67, membuang air kecil secara terbuka itu sambil dikawal oleh tentera yang lengkap bersenjata.

“Menteri buang air kecil di tempat terbuka, mengundang kecaman,” demikian tajuk berita yang diterbitkan Time of India, semalam.

Menurut akhbar berkenaan, gambar itu dirakamkan di kawasannya di Bihar dan selepas ia tersebar, Radha menjadi bahan kecaman netizen.

Pelbagai sindiran diberikan kepadanya.

“Menteri menyumbang kepada ‘Program India Bersih’,” demikian kecaman yang diterimanya.

Program India Bersih adalah salah satu program Perdana Menteri, Narendra Modi untuk meningkatkan kesihatan dan kebersihan orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.