Lelaki Pandu Pacuan Empat Roda Cuba Rempuh Masjid Di Perancis

PARIS – Seorang lelaki ditahan selepas dia memandu kenderaannya dan merempuh penghadang yang melindungi sebuah masjid di pinggir kota raya Paris kelmarin, kata polis dalam insiden yang disifatkan sebagai cubaan melakukan serangan.

AFP melaporkan, kenderaan pacuan empat roda itu merempuh tiang dan penghadang yang diletakkan bagi melindungi masjid di Creteil, tenggara Paris sebelum memecut laju dan melanggar pembahagi jalan, kata polis.

Tiada sesiapa cedera dalam insiden tersebut.

Pemandu yang juga pemilik kenderaan itu melarikan diri tetapi berjaya ditahan di rumahnya tidak lama kemudian, tambah polis.

Suspek yang berusia 43 tahun dan berasal dari Armenia akan menjalani ujian psikiatri, menurut satu lagi sumber.

Terdahulu, pihak berkuasa menyatakan bahawa lelaki itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian, lapor Kosmo.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerard Collomb berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif serangan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.