Lebih 30,000 Hadir Rumah Terbuka TPM

PUTRAJAYA – Kira-kira 30,000 tetamu menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis yang diadakan di kediamannya di Sri Satria di sini, hari ini.

Majlis tersebut bermula pada pukul 11.45 pagi dengan kehadiran tetamu kenamaan, diikuti orang ramai bermula pukul 2 petang.

Pada masa sama, majlis itu turut dihadiri Menteri Kabinet, pengurusan tinggi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta perwakilan asing.

Dalam pada itu, lebih 200 anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Al-Mahabbah, Klang dan Rumah Kebajikan Asnaf, Keramat turut diraikan pada majlis tersebut.

Selain dijamu dengan lebih 50 juadah hari raya, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis tempatan seperti Siti Nurhaliza, Sufi, Ara dan Sufian Suhaimi.

Majlis dihoskan pengacara terkenal, Nabil Ahmad dan Zulin Aziz. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.