Kerajaan Pantau Virus WannaCry

KOTA KINABALU – Kerajaan akan terus memantau dan meningkatkan kawalan keselamatan siber di negara ini daripada ancaman virus Wanna Cry yang kini sudah menyerang negara jiran Indonesia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, kementeriannya bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi berkaitan bagi memastikan sistem sekuriti siber di Malaysia tidak diganggu oleh serangan virus berbahaya berkenaan.

“Setakat ini, kita belum menerima sebarang laporan berkaitan serangan virus terbabit di negara ini namun pemantauan tetap dilaksanakan dari semasa ke semasa.

“Kita harus mempertahankan negara dalam perkara berkaitan keselamatan siber kerana serangan seumpama ini boleh menjejaskan jaringan dan sistem komputer.

“Oleh itu, negara ini perlu ada teknologi siber yang harus seiring dengan peredaran teknologi semasa,” katanya, lapor BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.