Fattah Amin Bawa Keluarga Bercuti Di Pulau

KUALA LUMPUR: Terlalu sibuk hingga penggambaran drama berlarutan sepanjang Ramadan, Fattah Amin mahu membawa keluarganya beriadah pada cuti panjang Aidilfitri ketika ini.

Fattah yang sedang hangat dengan drama Hero Seorang Cinderella (HSC) yang menggandingkannya dengan pelakon jelita, Fazura, mengaku jarang dapat meluangkan masa bersama keluarga kerana jadual kerja yang padat.

Berikutan itu, Fattah yang muncul dengan single Wanita Terakhir itu mahu membawa seluruh anggota keluarganya bercuti di pulau peranginan.

“Bagi menggantikan masa yang habis di lokasi penggambaran sepanjang bulan puasa, saya membawa keluarga bercuti lebaran ini.

“Saya pilih pulau sebagai destinasi percutian kerana keluarga saya gemarkan aktiviti luar,” katanya kepada BH Online.

Merangkul trofi Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 3.0, bulan lalu, Fattah mengaku menerima impak besar daripada kemenangannya itu.

“Alhamdulillah, memang saya tak nafikan kemenangan ABPBH meninggalkan impak besar.

“Namun, ia bukan alasan untuk saya mendabik dada. Kemenangan dan perhatian yang diberi adalah suatu tanggung jawab besar dan berat,” katanya yang bersyukur dengan rezeki dikurniakan Allah.-BHarian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.