Budaya Berubah Segelintir ‘Makan Angin’, Sambut Raya Luar Negara

KUALA LUMPUR — Budaya rakyat Malaysia menyambut Aidilfitri semakin berubah dengan sebahagian masyarakat menjadikannya masa untuk “makan angin”.

Pengarah serantau Hotels.com berkata carian data di laman web itu menunjukkan penduduk negara ini gemar ke destinasi pelancongan pada musim perayaan, seperti memetik Kosmo.

Jessica Chuang berkata destinasi popular mereka termasuklah pantai percutian di Pulau Langkawi, Kedah; Pulau Pinang dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Walaupun Kuala Lumpur sering lengang pada musim raya namun pada tahun ini, ia sedikit berbeza kerana kenaikan jumlah pengunjung yang datang melawat ibu kota,” katanya yang menambah, Johor Baru menjadi destinasi bandar paling disukai.

Beliau berkata rakyat Malaysia juga lebih gemar bercuti di destinasi serantau berbanding Eropah dan Amerika Utara.

Katanya, destinasi luar negara yang popular pula Bangkok, Phuket dan Hat Yai di Thailand, Bali di Indonesia dan Singapura.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.