Bukan Islam Masuk Ruangan Utama Solat, Sultan Selangor Titah Pecat Nazir Masjid

KUALA LUMPUR ― Sultan Selangor telah menitahkan agar nazir masjid di Selayang yang menjemput wakil rakyat bukan Islam masuk ke ruangan utama solat dipecat.

 

Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bahawa masjid tidak sepatutnya digunakan untuk program yang bertujuan politik.

 

“Apa yang lebih mendukacitakan lagi ialah ahli poltik yang berkenaan bukannya beragama Islam.

 

“Ini secara terang-terangan telah menyalahgunakan institusi masjid untuk faedah ahli politik yang berkenaan.

 

“Beta memandang serius perkara ini dan menitahkan supaya pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk meneliti, menyiasat dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang terlibat dalam perkara ini.

 

“Jika perlu, perkhidmatan nazir yang berkenaan hendaklah ditamatkan dan ditukar kepada orang lain,” titahnya semasa majlis perasmian Masjid Kampung Johan Setia, Klang, semalam.

 

Pengarah Jais ketika dihubungi berkata, nazir berkenaan akan dipanggil hari ini untuk tindakan selanjutnya.

 

“[Hari ini] saya akan bincang [dengan nazir] mengikut prosedur yang terkandung dalam tatacara pemecatan,” kata Datuk Haris Kasim.

 

Nazir merupakan individu yang bertanggungjawab mengetuai pentadbiran dan pengurusan masjid, satu lantikan oleh majlis agama negeri.

 

Tindakan nazir Masjid Al-Muttaqin Selayang Pandang menjemput Ahli Parlimen Selayang berbangsa Cina dari PKR masuk ke ruangan solat Sabtu minggu lalu menimbulkan pertikaian.

 

Namun William Leong Jee Keen semalam berkata, kehadirannya ke majlis tadarus al-Quran dan sumbangan Aidilfitri anjuran kerajaan negeri adalah atas kapasitinya sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan.

 

Beliau juga menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur politik, sebaliknya hanya mengucapkan “selamat berpuasa” dan “selamat berbuka”.

 

Garis Panduan Penggunaan Masjid dan Surau Negeri Selangor 2010 tidak membenarkan orang bukan Islam memasuki ruang solat utama di semua masjid dan surau di negeri itu atau mengadakan apa-apa acara didalamnya.

 

Individu boleh didakwa dibawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – MalayMail

2 thoughts on “Bukan Islam Masuk Ruangan Utama Solat, Sultan Selangor Titah Pecat Nazir Masjid

  • July 2, 2016 at 7:00 am
    Permalink

    Ampun Tuanku,
    Syabas. Patek menyokong penuh tindakan Tuanku ini. Patek sedia berdiri mempertahankan ketegasan Tuanku.
    Ampun Tuanku.

    Reply
  • July 2, 2016 at 11:16 pm
    Permalink

    Belum dpt memerintah masia..belum dpt majority 2/3 dah cuba membuat taksiran sendiri.jika sudah ada arahan naper perlu di langgar..buatla acara tersebut di luar

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.