Wanita Terbunuh Jatuh Dari ‘Bungee Jump’

AUDINTCTHUN – Seorang wanita terbunuh manakala teman lelakinya cedera parah selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti terjunan “bungee jump”.

 

Wanita yang berusia 28 tahun yang masih belum dikenalpasti identitinya terbunuh dalam insiden mengerikan di Audincthun, dekat St Omer, Pas de Calais manakala teman lelakinya mengalami kecederaan serius dan kini sedang dirawat di Hopsital Universiti Kolej di Lille.

 

Menurut sumber memberitahu akhbar Le Parisien, pasangan itu menaiki kren yang berketinggian 65 meter untuk melakukan terjunan ‘bungee jump’.

 

Semasa melakukan terjunam, kira-kira 12 meter dari bawah tanah, alat permainan itu tidak berfungsi dan menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh ke tanah.

 

Wanita itu disahkan meninggal dunia pada jam 6 petang manakala teman lelakinya dikejarkan ke hospital.

 

Sementara itu, Pendakwa raya Sebastien Pieve berkata, pihaknya percaya terdapat masalah ketika memasang tali pada pasangan tersebut.

 

“Kami akan meneliti sama ada insiden ini adalah disebabkan kecuaian manusia, masalah peralatan atau kedua-duanya sekali,” katanya dipetik Mirror.uk

 

Dalam pada itu, pengurus permainan itu kini ditahan untuk membantu siasatan.

 

Pihak berkuasa kini menutup permainan tersebut yang telah beroperasi dua tahun lalu buat sementara waktu. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.