Video: Kisah Benar Disebalik Iklan Raya Astro 2015

KUALA LUMPUR – Tidak lengkap rasanya suasana sambutan Ramadan dan Syawal jika tidak diiringi iklan-iklan menarik bersempena dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

 

Bersempena dengan tema kempen Ramadan dan Syawal pada tahun ini, Astro mempersembahkan secara ekslusif iklan raya berjudul ‘Tiada Noktah Untuk Kemaafan’.

 

Diinspirasikan daripada kesucian dan ketulusan hati untuk melupakan segala sengketa lampau, iklan ini mengupas pengertian sebenar `kosong-kosong`.

 

 

Berlainan dengan iklan-iklan terdahulu, Tiada Noktah Untuk Kemaafan memaparkan sebuah kisah benar mengenai seorang pesakit yang juga merupakan bekas penagih dadah bernama Herman dan bapanya.

 

Menampilkan elemen nilai kemaafan dalam menempuh realiti hari, kisah keluarga ini belum pernah dikongsi kepada umum sebelum ini.

 

Keunikan dan nilai pergertian iklan komersial ini terserlah dengan penampilan Herman sendiri yang ingin memohon maaf kepada bapanya, setelah sekian lama tidak berjumpa.

 

Konsep iklan raya Astro untuk pada tahun ini adalah berlainan berbanding tahun-tahun lalu yang biasanya menampilkan barisan selebriti popular seperti Lisa Surihani, Johan, Erra Fazira, Zizan Razak, Aaron Aziz dan Hanis Zalikha.

 

Astro berharap untuk mengubah pemikiran masyarakat tentang kepentingan mengeratkan silatulrahim dan bermaafan terutama di bulan Islam yang mulia.

 

Iklan tersebut mendapat reaksi yang positif daripada pengguna YouTube. Ternyata mesej tersurat yang terkandung sampai ke hati penonton. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.