Suami Tikam Isteri 24 Kali Selepas Minta Cerai

WASHINGTON – Kejam! Seorang suami bertindak menikam isterinya sebanyak 24 kali selepas wanita itu meminta cerai daripadanya.

 

John Barron, 34, menyerang isterinya, Susan menggunakan dua bilah pisau dapur dengan menikam leher, badan, lengan dan kakinya sambil disaksikan oleh anak lelakinya.

 

Walaupun polis tiba di rumah pasangan berkenaan di Washington, lelaki berkenaan terus meneruskan tikamannya di hadapan pegawai polis.

 

Memetik laporan Newcastle Chronicle, lelaki berkenaan kini dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun selepas didapati bersalah.

 

Susan yang terselamat berkata kepada mahkamah, serangan oleh suaminya itu memberi kesan trauma kepada dirinya dan anaknya, David Quinn.

 

“Saya ingat saya akan mati dan kejadian ini memberi impak kepada saya dan anak,” katanya dipetik Mirror.co. uk – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.