Nahas Pesawat C-130 Akibat Kesilapan Manusia, Kata Pakar

SEORANG pakar ketenteraan, Susaningtyas Nefo Handayani Kertopati berpendapat bahawa kemalangan pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Indonesia yang terhempas itu mungkin berlaku kerana kesilapan manusia.

 

Pesawat Hercules C-130 yang terhempas yang di Medan, Sumatera itu dikatakan berlaku berikutan masalah teknikal apabila dilaporkan salah sebuah mesin di dalam pesawat itu mengalami kerosakkan.

 

“Terdapat banyak perkara yang boleh dijadikan punca pesawat Hercules C-130 terhempas di Jalan Jamin Ginting, Medan, Sumatera Utara.

 

“Selain daripada keadaan pesawat itu, kesilapan manusia juga mungkin menjadi punca kepada kemalangan ini kerana terdapat kemungkinan bahawa juruterbang tidak dapat mengawal pesawat itu,” kata Susaningtyas.

 

Pesawat Hercules masih lagi menjadi kemudahan pengangkutan utama bagi Tentera Udara Indonesia dan pesawat yang mempunyai empat enjin turboprop itu dikenali sebagai pesawat yang mempunyai keupayaan untuk mendarat dan berlepas dari landasan yang singkat.

 

Pesawat Hercules yang dikendalikan oleh Pasukan Tentera Udara itu dihasilkan pada 1964.

 

Walaupun pesawat itu sudah menjangkau usia 50 tahun, ia dilaporkan masih dianggap sesuai untuk digunakan dalam pelbagai misi, terutama sekali yang dikendalikan oleh Tentera Udara Indonesia.

 

Terdahulu, Ketua Kakitangan Tentera Udara Ketua Marshall, Agus Supriatna berkata pesawat Hercules terhempas pada Selasa lalu akibat masalah teknikal.

 

“Kami belum dapat memastikan sama ada masalah tersebut adalah daripada bahagian enjin ataupun bahagian lain,” katanya.

 

Agus juga memberitahu masalah teknikal itu boleh dilihat berikutan arahan daripada juruterbang yang ingin pulang ke pengkalan udara Soewondo di Medan.

 

Bagaimanapun pesawat tersebut merempuh kediaman di Jalan Jamin Ginting Medan dan meletup sebelum sempat tiba ke landasan lapangan terbang. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.