Batu Akik Tertera Imej Kaabah

JAKARTA – Penduduk di Parigi Moutong di Sulawesi Tengah gempar selepas menemui batu akik yang didakwa mempunyai imej Kaabah dan orang tawaf.

 

Imej itu ditemui sekumpulan penduduk yang memotong satu batu akik jenis King Marantale yang ditemui mereka Jumaat lalu.

 

Pegawai daerah Parigi Moutong, Samsurizal Tombolotutu berkata, selepas batu akik itu dibelah penduduk terkejut melihat imej Kaabah berkenaan.

 

“Ada yang menangis sambil mengucapkan Allahu Akbar beberapa kali apabila melihat imej di dalam batu akik berkenaan,” katanya.

 

Ujarnya, batu akik itu telah dibawa ke pejabat daerah di Kota Parigi untuk disimpan.

 

“Saya berharap dengan penemuan batu akik ini akan menambahkan keimanan penduduk kepada Allah,” jelasnya.

 

Menurutnya, batu akik itu akan dipamerkan dalam festival pada September depan yang akan dihadiri Presiden Joko Widodo.

Festival itu akan mempamerkan produk tempatan termasuk batu akik yang menjadi produk utama wilayah berkenaan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.