ADUN DAP Perolok Kod Etika Berpakaian di Pejabat Kerajaan

ADUN Kinrara, Ng Sze Han, baru-baru ini mencetus kontroversi apabila memuat naik satu gambar yang dilihat memperolokkan kod etika berpakaian di pejabat kerajaan.

 

Gambar yang dimuat naik di facebook miliknya itu memaparkan satu notis yang memberitahu cara berpakaian ketika berurusan di pejabatnya.

 

Menurut notis tersebut, kesemua jenis pakaian dibenarkan termasuklah pakaian renang, asalkan tidak berbogel.

 

Tiada Etika Pakaian Pejabat ADUn DAP

 

“Anda dialu-alukan berskrit mini atau berseluar, baju tiada lengan dan apa saja yang anda selesa, selagi tidak berbogel.

 

Selain itu, beliau juga menyatakan dia menghormati kebebasan dan tidak akan memberikan kain sarung atau tuala kepada orang yang datang berurusan di pejabatnya.

 

“Anda tidak akan diberikan kain sarung atau tuala. Kami hormat kebebasan anda dan kebebasan cara berpakaian,” menurut gambar notis yang dimuat naik semalam.

 

Selain itu, beliau turut memuat naik gambar yang memparkan dirinya bersama beberapa orang yang lain bersama yang berpakaian diatas lutut memegang kain sarung dan tuala sambil tersenyum.

 

Malah, dimuat naik juga gambar beliau dan beberapa orang bergambar dengan notis itu, kain sarung dan tuala sambil tersenyum. – Siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.