Tiada Syarikat Keselamatan Asing Beroperasi Di Negara Ini – Zahid

JOHOR BAHARU: Siasatan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati tiada syarikat luar yang memiliki atau mengendalikan mana-mana syarikat kawalan keselamatan di negara ini khususnya di Johor, kata menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sekiranya wujud mana-mana syarikat kawalan keselamatan asing menggunakan namaan, pihak kementerian berhak membatalkan lesen mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas cadangan sebuah syarikat keselamatan asing, Soverus Group, yang berpangkalan di Singapura untuk menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan di Iskandar Malaysia.

Sebelum itu, Zahid menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga KDN Johor di sini pada Isnin.

Mac lepas, syarikat itu yang dimiliki oleh bilionair Singapura, Peter Lim menandatangani perjanjian persefahaman dengan anakanda Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman dengan tujuan untuk menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan di Iskandar Malaysia.

Cadangan syarikat republik itu bersama rakan kongsinya itu bagaimanapun mendapat tentangan daripada ahli politik tempatan yang mengatakan langkah itu akan menjejaskan keselamatan negara ini.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/06/30/pengawal-keselamatan-asing/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!