Sebenarnya Kawan Saya Giorgio Chiellini Menderita Secara Fizikal Selepas Saya Menggigitnya- Luis Suarez

PENYERANG Uruguay, Luis Suarez akhirnya memohon maaf kerana menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini minggu lalu.

Gara-gara kelakuan tersebut, Suarez digantung sembilan perlawanan dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan dia berjanji insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi.

“Sebenarnya kawan saya Giorgio Chiellini menderita secara fizikal selepas saya menggigitnya,” jelas Suarez di laman Twitternya.tweet suarez

“Saya sesungguhnya sangat menyesal. Saya minta maaf kepada Giorgio Chiellini dan seluruh keluarga bola sepak. 

“Saya berjanji kepada semua orang yang perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi”.

Sejurus selepas itu, Chiellini membalas tweet Suarez: “Semuanya sudah dilupakan. Saya harap FIFA akan mengurangkan denda kamu.” 

 

tweet gior

Insiden ini merupakan yang ketiga oleh Suarez selepas menggigit pemain PSV Otman Bakkal (2010) dan pemain pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic 2013.

Hukuman ini dijangka akan berakhir pada 1 November apabila Liverpool akan bertemu Newcastle pada aksi kelab Liga Perdana Inggeris.

Sementara itu Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF) dilaporkan akan membuat rayuan terhadap hukuman Suarez ini.

Mereka mempunyai tempoh sehingga Ahad ini untuk menghantar rayuan tersebut kepada FIFA.

http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2014/07/01/suarez-minta-maaf/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.