RUU Cegah Pengubahan Wang Haram Dilulus

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini meluluskan pindaan terhadap Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2013 (AMLATFA).

Dalam satu kenyataan, Bank Negara berkata pindaan rang undang-undang itu telah diluluskan Dewan Rakyat pada 18 Jun lepas.

Menurut kenyataan itu, pindaan AMLATFA bertujuan untuk meningkatkan lagi keyakinan orang ramai dan para pelabur terhadap sistem kewangan Malaysia dan ekonomi melalui usaha menangani risiko dan ancaman aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di negara ini.

Pelaksanaan AMLATFA akan menyokong rangka kerja undang-undang yang diperlukan bagi membanteras jenayah secara keseluruhan, membolehkan kerjasama diwujudkan dengan negara-negara lain pada peringkat global, di samping memperukuh keselamatan dan kemakmuran negara, kata Bank Negara. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.