Penampilan Berkemban, Lisa Surihani Minta Maaf

Pelakon Lisa Surihani memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengan penampilannya yang menyerupai imej berkemban sewaktu di acara KL Fashion Week 2014 lalu.

“Sebenarnya kalau tengok betul-betul tak ada sampai saya terus berkemban pun tetapi jika ada pihak yang kurang senang, saya minta maaf,” jelas Lisa Surihani kepada Harian Metro apabila diminta mengulas tentang isu ini.

Minggu lalu, melalui akaun Facebook beliau Lisa Surihani ada memuat naik beberapa keping gambar beliau di sekitar acara KL Fashion Week 2014. Pakaian yang dikenakannya menjadi tumpuan ramai peminat apabila ianya dikatakan menyerupai imej berkemban dan terlalu seksi untuk pelakon itu.

Isteri kepada pelakon dan pengarah, Yusry, ini turut menambah yang ianya adalah perkara biasa jika penampilan beliau mendapat tentangan peminat dan ada juga antara mereka yang menyokong.

“Apa yang saya boleh kata adalah minta maaf kalau ada yang kurang senang atau tersinggung dengan imej itu tapi saya selesa bekerjasama dengan Alia untuk pakaiannya. Saya cukup terbuka dan okey jika ada yang sokong atau menentang penampilan saya. Itu adalah biasa kalau apa yang kita pakai ada yang suka dan ada yang menentang,” tambahnya lagi.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.