Pasukan Petugas Khas Perangi Denggi – Najib

Putrajaya – Kerajaan menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas bagi menangani kebimbangan umum mengenai peningkatan kes denggi sejak kebelakangan ini di seluruh negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata pasukan khas itu akan diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pasukan Petugas Khas itu akan turut disertai menteri dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja Raya, serta kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan.

“Kerajaan berharap dengan penubuhan pasukan ini akan dapat membendung peningkatan kes denggi dengan kadar segera, selain melaksanakan langkah pencegahan dengan lebih berkesan di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.