Neymar Dalam Pemantauan

PENYERANG Brazil, Neymar dikatakan mengalami cedera di bahagian paha semasa bertemu Chile, Ahad lalu.

Perkembangan ini diakui jurulatihnya, Luiz Felipe Scolari.

Menurutnya Scolari yang dikenali sebagai  Big Phil, bintang Barcelona itu belum pasti sama ada boleh beraksi atau tidak menentang Colombia di peringkat suku akhir pada Ahad ini.

“Kami perlukan masa untuk menilai tahap kesihatannya. Kami masih ada tiga, empat atau lima hari bagi meyakinkan Neymar agar boleh bermain pada pertemuan seterusnya,” katanya.

Kehilangan Neymar pasti memberikan tamparan hebat kepada kem Brazil.

Setakat ini, beliau sudah bermain selama 369 minit dan meledak empat gol sepanjang kejohanan  Piala Dunia Brazil 2014.

http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-antarabangsa/neymar-dalam-pemantauan-1.295113

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.