Neelofa Ambil Keputusan Berhijab

PETALING JAYA: Kehadiran Ramadan berjaya membuka hati pelakon Neelofa untuk berubah selepas dia memilih untuk memakai tudung.

Pengurus kepada pelakon itu, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, Neelofa, 25,  membuat keputusan berkelofa 2naan pada Selasa (hari ini) dan langkah itu adalah satu perubahan positif buat dirinya.

“Benar, Neelofa sudahpun berhijab dan dia telah mengesahkan perkara tersebut kepada saya pada hari ini (Selasa).

“Dia juga melihat perubahan yang dilakukannya adalah satu perkara yang positif buat dirinya,” katanya kepada mStar Online.

Shawn diminta mengulas mengenai kenyataan adik pelakon itu, Ameera, yang memuat naik foto Neelofa bertudung di Instagram miliknya dengan kapsyen rasa bersyukur dengan perubahan yang dilakukan oleh kakaknya itu lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/07/01/neelofa-pakai-tudung/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.