Janin,Mayat Lelaki Dewasa Ditemui Di Empangan

BUKIT MERTAJAM – Satu janin lelaki dan mayat seorang lelaki dewasa ditemui berhampiran kira-kira 50 meter antara satu sama lain di empangan Sungai Kulim, Guar Perahu di sini kelmarin.

Janin berkenaan ditemui di pintu air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di empangan itu oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut pada pukul 2.45 petang.

Mayat lelaki berusia 30-an yang dipercayai warga asing berbalut kain pelikat itu pula ditemui terapung dalam empangan tersebut tidak jauh dari lokasi di mana janin berkenaan dijumpai.

Ketua Polis Daerah Seberag Perai Tengah,Asisiten Komisioner Rusli Mohd.Noor berkata,janin itu ditemui dalam keadaan berbalut kain putih dan  sudah berwarna biru.

Menurutnya berdasarkan keadaan janin itu,pihaknya percaya ia telah dibuang di situ sejak lebih 24 jam lalu.

“Bagaimanapun ketika siasatan dijalankan dikawasan itu,kami menemui pula mayat seorang lelaki dipercayai dibuang didalam empangan itu.

“Mayat ini juga dipercayai telah dibuang sejak lebih 24 jam lalu berdasarkan keadaan mayat,katanya.

Menurut Rusli pihaknya masih menyiasat hubung kait antara kedua-kedua kejadian itu bagi mengetahui punca sebenar kematian mayat dan janin tersebut.

Setakat ini,kami masih belum mengetahui identiti dan bangsa janin itu dan siasatan awal terdapat mayat lelaki tersebut mendapati tiada unsur-unsur jenayah,”katanya.

Mayat dan janin berkenaan kemudiaan dihantar ke Hospital Seberang Jaya dekat sini untuk dibedah siasat

Sumber:Kosmo!Selasa 1 Julai 2014/MS-8/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.