Hidup Mewah, Lufya Nafi Ditaja

Baru-baru ini nama Lufya menjadi sebutan ramai ekoran kontroversi bercinta dengan seorang lelaki berketurunan kerabat Diraja.

Namun pelantu lagu Diam ini ini ternyata kesal dengan sikap segelintir pihak media yang cuba mengekploitasi kenyataannya itu telah mengakibatkan hubungan persahabatan diantara dia dan lelaki itu terjejas.

Bagaimanapun kontroversi tersebut semakin panas apabila Lufya dikatakan telah memakai dan menggunakan barangan mewah termasuk beg tangan sekali gus mengiyakan gosip tersebut.

“Saya tidak faham mengapa orang mengaitkan saya dengan isu tersebut. Ibu bapa saya bukanlah daripada golongan berada tetapi saya sendiri yang berusaha keras mengumpul duit. Justeru, saya rasa tidak salah untuk menghadiahkan sendiri diri saya dengan barangan tersebut”, katanya seperti yang dilaporkan akhabar Kosmo hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.